My photo
Dream until your dreams come true.

Sunday, September 28, 2014

Kawan.

Kau jangan pernah tanya jangan pernah mempertikaikan kenapa aku berkawan dengan orang. Aku berkawan dengan orang tak pernah ada sebab. Jarang sekali aku memandang kepada rupa apatah lagi kepada kekayaan yang dimiliki.

Kalau kau berkawan hanya dengan orang yang berupa dan berharta, apa yang kau dapat? Kalau hanya berkawan dengan orang yang terpilih, berapa ramai kawan yang kau ada sekarang. Cuba kau bagitahu aku.

Dan kau yakin ke "mereka" tu semua akan ada masa susah senang kau? Menerima segala baik buruk kau? Bukan aku nak cakap yang orang yang berupa dan berharta ni tak bagus, tak, bukan tu niat aku. Aku cuma nak tegur sikap kau yang memilih kawan based on their physical appearance je. 

Jangan cepat sangat judge orang. Jangan sebab dia tak berupa dia tak layak berkawan dengan kau dan jangan juga sebab dia tak berharta kau jauhkan diri daripada dia. Kau lupa ke anugerah tu semua datang dari Allah dan bila bila masa je Allah boleh tarik balik nikmat tu daripada kau.

Oh dan pabila kau dapat tahu yang dia sebenarnya memiliki kekayaan, terus cepat cepat terhegeh hegeh kau ajak dia berkawan agar kau boleh mempergunakan dia. Macam tu ke adat berkawan? Jangan cepat sangat dibeli, orang pon jijik tengok perangai kau macam tu.

Maaf jika terkasar dalam menegur tapi aku tak tahu macam mana lagi nak sampaikan dekat kau. One last thing, jika wajah membuatmu jatuh cinta, bagaimana kamu mencintai Tuhan yang tak berupa. Ini peringatan bukan sahaja untuk kau tetapi juga untuk aku.