My photo
Dream until your dreams come true.

Monday, March 9, 2015

Assalamualaikum,

Harini aku cerita satu kisah yang terjadi sendiri dekat aku dan aku tak tahu lah nak cakap whether it is funny or not but to me it is really funny and some how ia menyedarkan aku tentang sesuatu.

Masa tengah berjalan kaki on my way to Masjid aku terjumpa duit seringgit di atas jalan. Jadi tanpa berfikir panjang, aku terus ambil duit itu dan menyimpannya di dalam poket. Sambil meneruskan perjalanan ke Masjid, aku tidak berhenti memikirkan apa yang patut aku lakukan dengan seringgit yang aku jumpa tadi.

Setibanya di Masjid, aku berhenti di hadapan tabung Masjid lalu aku memasukkan duit itu di dalam tabung dengan niat untuk menyedekahkan duit itu kepada orang yang lebih memerlukannya. Memang hati suci aku ni pfft~ fikir nak sedekah duit tu je, bukan niat nak dapat perhatian ke apa.

beberapa hari selepas itu, situasi yang sama berlaku lagi. tapi kali ini aku terjumpa wang kertas yang bernilai RM 10. Bagi aku RM 10 itu adalah sejumlah wang yang sangat banyak. Dengan RM10 itu aku boleh beli macam macam. Jadi setibanya aku di masjid, aku lalu je sebelah tabung masjid. Pandang tabung tu pun tak nak! HAHA

Selepas di fikir fikirkan balik, aku pon mengambil keputusan untuk mendermakan duit RM 10 yang dijumpai itu ke dalam tabung Masjid, tapi bukan semuanya, hanya RM 5 sahaja. Kenapa RM 5? Sebab mengikut logik aku pada masa itu, ada orang yang lebih mermerlukan duit itu tapi aku yang jumpa duit itu. Jadi apa salahnya ambil half-half kan? :P

Dengan hati yang tak seberapa nak iklas, aku pon memasukkan RM 5 ke dalam tabung masjid dan menyimpan lagi RM 5 ke dalam poket agar aku tak rasa sebersalah sangat nak pakai duit yang dijumpai itu. Dan niat hati aku ketika tu adalah "Hah ni kalau aku sedekah RM 5 ni mana tahu mungkin esok esok aku jumpa RM 50 ke RM 100 pulak ke, siapa tahu kan?"

...........and then sampai sekarang, aku dah tak jumpa duit langsung masa tengah berjalan!! HAHA

Nampak tak niat dan keikhlasan tu sebenarnya penting? Allah hanya akan balas jasa/budi kita jika niat kita tu betul dan ikhlas. Macam cerita aku, masa jumpa seringgit, aku bersedekah kerana Allah dan kerana aku rasa ramai lagi yang lebih memerlukan daripada aku. Tapi bila mana aku terjumpa RM 10, aku jadi tamak, and yes, walaupun aku tetap bersedekah tapi niat aku dah jadi lain. Dan Allah terus tarik nikmat itu daripada aku.

Samalah macam kehidupan kita di Universiti. Datang ke Universiti niat kena betul, buat sesuatu kerana Allah bukan buat untuk cari jodoh, untuk mendapat gaji yang besar dan sebagainya. Jika kita buat sesuatu kerana Allah, InsyaAllah Allah akan bagi kita semua benda yang kita nak.

Hope korang dapat something daripada apa yang aku cuba sampaikan di atas.