Aku ingin meminta maaf kerana aku selalu tiada disisimu, terlalu sibuk mengejar masa depan sehingga terleka bahawa kau memerlukan seorang teman untuk berkongsi masalah, sedangkan kau selalu ada disampingku ketika aku ditimpa musibah.
Wahai Si Teman,
Aku tahu dugaanmu berat, aku tahu kau dah tak larat. Tapi aku juga tahu yang kau kuat, tidak kenal erti penat. Temanku, menangislah tanpa perlu meratap, bersedihlah tanpa menyalahkan siapapun, panjatkan segala pinta hanya kepada Allah dan Allah akan mengalihkan laramu menjadi tawa.
Duhai Si Teman,
Saat kau kecewa, pejam matamu dan tenangkanlah jiwamu. Ketahuilah bahawa semua ini perancangan Allah, Dia yang meletakkanmu disini, percaya kepada ketetapan-Nya. Sesungguhnya apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.
Ingatlah,
“ Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)