My photo
Dream until your dreams come true.

Monday, March 9, 2015

Assalamualaikum,

Harini aku cerita satu kisah yang terjadi sendiri dekat aku dan aku tak tahu lah nak cakap whether it is funny or not but to me it is really funny and some how ia menyedarkan aku tentang sesuatu.

Masa tengah berjalan kaki on my way to Masjid aku terjumpa duit seringgit di atas jalan. Jadi tanpa berfikir panjang, aku terus ambil duit itu dan menyimpannya di dalam poket. Sambil meneruskan perjalanan ke Masjid, aku tidak berhenti memikirkan apa yang patut aku lakukan dengan seringgit yang aku jumpa tadi.

Setibanya di Masjid, aku berhenti di hadapan tabung Masjid lalu aku memasukkan duit itu di dalam tabung dengan niat untuk menyedekahkan duit itu kepada orang yang lebih memerlukannya. Memang hati suci aku ni pfft~ fikir nak sedekah duit tu je, bukan niat nak dapat perhatian ke apa.

beberapa hari selepas itu, situasi yang sama berlaku lagi. tapi kali ini aku terjumpa wang kertas yang bernilai RM 10. Bagi aku RM 10 itu adalah sejumlah wang yang sangat banyak. Dengan RM10 itu aku boleh beli macam macam. Jadi setibanya aku di masjid, aku lalu je sebelah tabung masjid. Pandang tabung tu pun tak nak! HAHA

Selepas di fikir fikirkan balik, aku pon mengambil keputusan untuk mendermakan duit RM 10 yang dijumpai itu ke dalam tabung Masjid, tapi bukan semuanya, hanya RM 5 sahaja. Kenapa RM 5? Sebab mengikut logik aku pada masa itu, ada orang yang lebih mermerlukan duit itu tapi aku yang jumpa duit itu. Jadi apa salahnya ambil half-half kan? :P

Dengan hati yang tak seberapa nak iklas, aku pon memasukkan RM 5 ke dalam tabung masjid dan menyimpan lagi RM 5 ke dalam poket agar aku tak rasa sebersalah sangat nak pakai duit yang dijumpai itu. Dan niat hati aku ketika tu adalah "Hah ni kalau aku sedekah RM 5 ni mana tahu mungkin esok esok aku jumpa RM 50 ke RM 100 pulak ke, siapa tahu kan?"

...........and then sampai sekarang, aku dah tak jumpa duit langsung masa tengah berjalan!! HAHA

Nampak tak niat dan keikhlasan tu sebenarnya penting? Allah hanya akan balas jasa/budi kita jika niat kita tu betul dan ikhlas. Macam cerita aku, masa jumpa seringgit, aku bersedekah kerana Allah dan kerana aku rasa ramai lagi yang lebih memerlukan daripada aku. Tapi bila mana aku terjumpa RM 10, aku jadi tamak, and yes, walaupun aku tetap bersedekah tapi niat aku dah jadi lain. Dan Allah terus tarik nikmat itu daripada aku.

Samalah macam kehidupan kita di Universiti. Datang ke Universiti niat kena betul, buat sesuatu kerana Allah bukan buat untuk cari jodoh, untuk mendapat gaji yang besar dan sebagainya. Jika kita buat sesuatu kerana Allah, InsyaAllah Allah akan bagi kita semua benda yang kita nak.

Hope korang dapat something daripada apa yang aku cuba sampaikan di atas.

Sunday, September 28, 2014

Kawan.

Kau jangan pernah tanya jangan pernah mempertikaikan kenapa aku berkawan dengan orang. Aku berkawan dengan orang tak pernah ada sebab. Jarang sekali aku memandang kepada rupa apatah lagi kepada kekayaan yang dimiliki.

Kalau kau berkawan hanya dengan orang yang berupa dan berharta, apa yang kau dapat? Kalau hanya berkawan dengan orang yang terpilih, berapa ramai kawan yang kau ada sekarang. Cuba kau bagitahu aku.

Dan kau yakin ke "mereka" tu semua akan ada masa susah senang kau? Menerima segala baik buruk kau? Bukan aku nak cakap yang orang yang berupa dan berharta ni tak bagus, tak, bukan tu niat aku. Aku cuma nak tegur sikap kau yang memilih kawan based on their physical appearance je. 

Jangan cepat sangat judge orang. Jangan sebab dia tak berupa dia tak layak berkawan dengan kau dan jangan juga sebab dia tak berharta kau jauhkan diri daripada dia. Kau lupa ke anugerah tu semua datang dari Allah dan bila bila masa je Allah boleh tarik balik nikmat tu daripada kau.

Oh dan pabila kau dapat tahu yang dia sebenarnya memiliki kekayaan, terus cepat cepat terhegeh hegeh kau ajak dia berkawan agar kau boleh mempergunakan dia. Macam tu ke adat berkawan? Jangan cepat sangat dibeli, orang pon jijik tengok perangai kau macam tu.

Maaf jika terkasar dalam menegur tapi aku tak tahu macam mana lagi nak sampaikan dekat kau. One last thing, jika wajah membuatmu jatuh cinta, bagaimana kamu mencintai Tuhan yang tak berupa. Ini peringatan bukan sahaja untuk kau tetapi juga untuk aku.

Thursday, August 21, 2014

Assalamualaikum buatmu Si Teman,
Aku ingin meminta maaf kerana aku selalu tiada disisimu, terlalu sibuk mengejar masa depan sehingga terleka bahawa kau memerlukan seorang teman untuk berkongsi masalah, sedangkan kau selalu ada disampingku ketika aku ditimpa musibah.

Wahai Si Teman,
Aku tahu dugaanmu berat, aku tahu kau dah tak larat. Tapi aku juga tahu yang kau kuat, tidak kenal erti penat. Temanku, menangislah tanpa perlu meratap, bersedihlah tanpa menyalahkan siapapun, panjatkan segala pinta hanya kepada Allah dan Allah akan mengalihkan laramu menjadi tawa.

Duhai Si Teman
Saat kau kecewa, pejam matamu dan tenangkanlah jiwamu. Ketahuilah bahawa semua ini perancangan Allah, Dia yang meletakkanmu disini, percaya kepada ketetapan-Nya. Sesungguhnya apa yang terjadi pasti ada hikmahnya.

Ingatlah,
Allah tidak membebani seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya, ia mendapat pahala kebajikan yang diusahakannya dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang dilakukannya… ( Al-Baqarah: 286)

Wednesday, June 25, 2014

Assalamualaikum,
bukan nak menagih simpati mahupun empati,
cumanya mahu meluahkan apa yang terkandung di dalam hati.

.....dan aku bukanlah superman, aku juga bisa nangis.

mungkin pada luaran nampak gembira, senyuman jelas terpancar.
Tapi dalaman, tiada siapa yang tahu kecuali Allah yang satu.

Wednesday, June 11, 2014

Assalamuaikum,
Kalau korang nak tahu, semester-break aku kali ni tidak dibazirkan sepenuhnya dengan menternak lemak dirumah. yay (!) Semester-break kali ini dimanfaatkan dengan aktiviti outdoor yang bermacam macam yang banyak mengajar aku erti persahabatan. Banyak sangat.

Dengan siapa aku spend semester-break?

Well, kebetulan pula semester-break kali ini serentak untuk semua universiti awam dan matriks... Jadi aku ada most of kawan kawan sekolah menegah aku untuk berjoli bersama. We called ourselves "Geng Acah Acah Outdoor"

Apa yang aku buat semasa semester-break yang best sangat tu?


We went Bowling,


We went Wall Climbing,


We went to Karaoke,

We went canoeing,


We went to Festival Belia,


We went Roller-Blading,


We watched Movies,


We even went Hiking.
......and all the little things that we did yang tak sempat nak ambil gambar.

Mungkin bagi korang benda yang aku buat masa semester-break ni biasa je. But to me, to us, it's something. The fact that kitaorang dah lama tak jumpa dan ada yang sampai dah lost contact but still masih nak jumpa, nak meluangkan masa bersama. Masing masing sanggup untuk mengosongkan jadual semata mata untuk lepak sembang kosong minum air milo ais sampai 5ringgit. It is a big thing.

Kadang kadang aku pon tak paham
Kenapa kita semua sanggup keluar rumah dari pagi sampai tengah malam, balik rumah tidur dan esoknya jumpa lagi. 
Kenapa dalam merungut merungut sebab kena datang hantar dan ambil aku dekat rumah tapi tak pernah tinggalkan aku.
Kenapa dalam penat mengadu asyik keluar tapi masih lagi gagah untuk buat aktiviti luar.
Kenapa dalam baran tapi masih lagi meluangkan masa bersama.
Kenapa dalam sakit hati kerana dibahan tetapi masih lagi kita mampu ketawa bersama.

...but all I know is that some will leave and some will stay and I'm just glad that youguys choose to stay. So, thank you sebab sanggup spent time dengan aku sepanjang semester-break ni. Bak kata Khair; "Jangan putuskan ukhwah yang sudah terbina ni." Maknanya cuti semester-break depan aku akan cari korang lagi. HAHAHA I know some of you are having a hard time fitting-in dekat universiti masing masing but know this, I'll always be there for you when you need me. If you need a shoulder to cry on day or night, I'm just a phone call away. Stay strong okay?

The greatest gift of life is friendship, and I have received it. Thank you Allah.